Lagi beberapa hari 2014 akan melabuhkan tirainya dan 2015 akan datang menyapa sambil berkata “Hai!”. Sebagai menyambut tahun baru, kita akan berasa segar dengan azam-azam baru dan berasa teruja dengan cabaran yang akan datang pada tahun 2015. Untuk menyatakan keterujaan kami menyambut tahun baru, kami ingin kongsikan idea dekorasi rumah yang segar dan berwarna-warni. Hiasan ini datang dari Lords South Beach Hotel, Miami dengan konsep retro dan akan membuat anda berasa gembira setiap kali pulang ke rumah.

Ruang tamu dengan warna-warni yang seimbang.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Patio dengan gaya restoren 70-an.

Penggunaan permaidani bercorak zig-zag, meja tengah dengan gaya batu semulajadi, bunga ungu dengan pasu emas dipadankan dengan tepat.

Ruang kerja yang kelihatan rustic dan disudahi dengan penggunaan lampu emas mewujudkan imej ‘chic’.

Ruang bilik tidur dengan warna yang ‘playful’.

Potret dengan kemasan biru dan meja tepi unik menggarap ruang ini dengan baik.

Abaikan arak itu, kami teruja melihat sudahan mengerlip di bar dan kerusi hitam dengan ‘spike’ ini.

Pandangan ke luar cabana memperlihatkan almari dengan bentuk unik, kerusi tinggi dan lampu ‘slim’ yang memikat hati.

Gabungan gaya moden, rustik dan kontemporari yang kemas.

Patung beruang dengan bola ini benar-benar menyerlahkan ruang yang ada.

Pandangan keseluruhan bilik tidur.

Dekorasi ruang yang berwarna-warni, ‘playful’, tetapi tetap kekal dengan gaya elegan ini mampu membuatkan anda dan anak-anak anda tersenyum. Selamat tahun baru dan selamat berdekorasi sempena tahun baru ini!

Sumber: Designwagen, Jetsetta

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka