Ramai yang kurang gemar mengjadikan warna putig sebagai tema utama untuk menghias rumah.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Kotoran yang mudah kelihatan, susah nak jaga serta ada kecil menjadikan warna ini sukar menjadi pilihan utama.

Namun berbeza dengan Puan Mimie Kusya. Warna putih adalah warna pilihan beliau dan telah dijadikan sebagai warna tema untuk dekorasi rumah. Meskipun memiliki anak kecil, hal ini tidak menghalang beliau untuk memilih warna ini sebagai tema.

Rumah apartment yang memiliki 3 bilik tidur, 1 bilik kerja dan 2 bilik air ini dihias kemas dan menarik mengikut citarasa Puan Mimie.

Menurut Puan Mimie, rujukan bagi idea dekorasi beliau kebanyakannya adalah daripada Instagram, Pinterest dan HGTV.

Dari segi penjagaan pula, ini yang telah dilakukan oleh Puan Mimie:

  1. Sediakan satu bilik khas (play room) untuk anak-anak bermain dan sepahkan barang. Jika ada mainan yang dibawa keluar daripada bilik ini, Puan Mimie mengajar anak-anak beliau untuk kemas semula dan bawa masuk ke play room. Mengemas juga dilakukan dengan cara bermain siapa kemas paling cepat dia menang.
  2. Untuk barangan dekorasi bersaiz kecil jika anak beliau usik dan kacau, ia dialih ke tempat lain seketika sehinggalah anaknya lupa.
  3. Bagi sofa putih pula ia dibuat daripada fabrik mudah dilap. Apabila terdapat kotoran seperti coklat melekat di sofa, Puan Mimie akan segera lap dengan kain basah sebelum coklat mengering.
  4. Perabot berwarna putih jenis kayu juga mudah untuk dilap dan dibersihkan.
  5. Bagi karpet putih, beliau mendisiplinkan anak untuk makan dan minum di kerusi khas. “Kalau tetamu datang ada anak saya gulung karpet putih ni. Hehehe.”

Jom layan dekorasi menarik hasil sentuhan Puan Mimie.

deko-rumah-apartment-1

deko-rumah-apartment-19

deko-rumah-apartment-2

deko-rumah-apartment-15

deko-rumah-apartment-17

deko-rumah-apartment-18

deko-rumah-apartment-3

deko-rumah-apartment-4

deko-rumah-apartment-5

deko-rumah-apartment-20

deko-rumah-apartment-6

deko-rumah-apartment-7

deko-rumah-apartment-8

deko-rumah-apartment-9

deko-rumah-apartment-10

deko-rumah-apartment-11

deko-rumah-apartment-12

deko-rumah-apartment-14

deko-rumah-apartment-21

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di editorial [@] thevocket.com atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Gaya Ikea. 9 Bulan Baru ‘Complete’

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group