Pasti seronok dapat berkumpul dan makan sama-sama. Saya percaya makanan boleh mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Masa makan boleh bersosial dengan keluarga dan kawan.

Kebiasaannya tuan rumah akan memasak untuk tetamu, namun ada masanya baik masing-masing bawa makanan – gaya potluck. Boleh rasa macam-macam makanan daripada air tangan yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan itu saya nak mencadangkan 5 idea menu potluck yang ringkas serta memerlukan masa yang singkat untuk menyediakannya.

Semuanya berasaskan pada satu sos sahaja iaitu sos pasta tomato (sos merah). Jika kesuntukan masa untuk sediakan sos ini sendiri daripada bahan mentah, anda boleh dapatkan sos pasta segera yang dijual di pasaran.

Sambil memasak itu, ketahuilah ada 13 fakta menarik tentang tomato.

1. Lasagna

Menu lasagna ini bukan saja mudah, malah menyihatkan.

2. Piza Paratha

Untuk jimatkan masa dan tenaga, boleh gantikan dengan roti paratha atau capati segera.

3. Bebola Daging

Untuk lebih menarik, boleh letakkan keju di dalam bebola. Lebih lengkap dihidang bersama kentang panggang.

4. Slider Bebola Daging

Saiznya yang comel sangat sesuai sebagai hidangan potluck.

Gambar & Resipi: http://realhousemoms.com/chicken-parmesan-sliders/

5. Spagheti Bakar Mozzarella

Seakan makaroni keju bakar, tetapi sedikit kelainan dengan penggunaan spagheti. Pasti menarik perhatian!

Selamat mencuba dan bersilaturrahim!