Memandangkan harga tanah makin meningkat tapi dalam masa yang sama masih ada orang yang mahu rumah di atas tanah sendiri, idea dari Jepun ini mungkin sesuai dipraktikan sekiranya ia tidak melanggar syarat-syarat majlis perbandaraan.

Bahagian luar rumah
Bahagian luar rumah

Dengan sebidang tanah yang kecil, anda boleh membina rumah seperti Hibarigaoka S House yang dibina oleh Kaida Architecture Designe Office. Ia mempunyai keluasaan binaan 926 kaki persegi (bersamaan 86 meter persegi) yang dibahagikan kepada 3 tingkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Terdapat 2 balkoni menghala ke arah luar.
Terdapat 2 balkoni menghala ke arah luar.
Pintu masuk utama
Pintu masuk utama

Tapi anda tidak perlu tiru bulat-bulat dari segi bahan binaan dan sebagainya. Apa yang penting adalah idea di sebalik pembinaan rumah sebegini. Walaupun kecil, ia memenuhi keperluan dan fungsi sebuah rumah.

Dari arah pintu masuk utama rumah
Dari arah pintu masuk utama rumah
Dapur dan ruang makan di tingkat 2
Dapur dan ruang makan di tingkat 2
Salah satu tingkap di rumah ini
Salah satu tingkap di rumah ini
Pemegang tangga ini tidak sesuai jika ada anak kecil
Pemegang tangga ini tidak sesuai jika ada anak kecil

Tingkat paling bawah mempunyai sebuah bilik tidur, bilik stor dan bilik air. Manakala tingkat dua adalah ruang sosial di mana ia menempatkan ruang tamu, ruang makan, dan dapur. Dan tingkat tiga adalah ruangan untuk bilik tidur dan bilik air.

Pelan lantai tingkat 1
Pelan lantai tingkat 1
Pelan lantai tingkat 2
Pelan lantai tingkat 2
Pelan lantai tingkat 3
Pelan lantai tingkat 3

Walaupun ruang bilik kecil, balkoni yang menonjol di luar pada setiap tingkat memberi perspektif luas dan lapang. Malah, pemilik rumah tidak menghias rumah dengan perabot yang banyak.

Moga rumah ini boleh memberikan anda idea tentang rumah dan tanah yang boleh anda miliki pada masa depan kelak.

Sumber