Setiap hobi lasak yang lelaki selalu buat, pasti ada sekumpulan kecil wanita yang turut berkongsi hobi yang sama. Selalunya wanita-wanita ini akan mendapat ‘perhatian lebih’ sekiranya mereka memerlukan apa-apa bantuan daripada ahli lelaki yang lain.

Nama Azusagakuyuki bukanlah satu nama yang asing bagi peminat hobi motosikal berkuasa tinggi di Jepun. Dia merupakan seorang wanita comel yang aktif memuatnaik gambar-gambar aktiviti lasak dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi di Twitter miliknya (@azusagakuyuki).

vocket-tweetfamous-rupanya-lelaki-8
Sumber Gambar: Twitter @Azusagakuyuki

Oleh kerana ramai orang pengguna internet terlalu obses dan mahu tahu tentang kehidupannya, jadi mereka meminta sebuah rancangan television mengadakan sesi temuramah bersama Azusagakuyuki.

Pada hari untuk ditemuramah, Azusagakuyuki hadir dengan menunggang motosikal Yamaha miliknya. Selepas dia membuka topi keledar, semua petugas rancangan television keliru apabila melihat seorang pak cik berada di hadapan mereka.

Semua petugas rancangan television yang bingung bertanyakan soalan, “Pak cik? Siapakah awak?”. Dan pak cik tersebut mengakui dialah ‘Azusagakuyuki’ yang mereka mahu temuramah ketika itu.

Alangkah terkejutnya semua orang apabila mengetahu Azusagakuyuki yang sebenarnya ialah seorang pak cik berusia lebih 50an, bukanlah seorang wanita comel yang digambarkan di Twitter.

vocket-tweetfamous-rupanya-lelaki-3
Sumber Gambar: Facebook

Petugas-petugas bertanya kepada pak cik tersebut, kenapa dia menyamar sebagai seorang wanita di Twitter ‘Azusagakuyuki’. Jawabnya dia menyukai ‘sambutan’ yang diterima dari ramai pengguna internet.

Sebelum ini dia pernah menunjukkan rupanya sebenar, tetapi tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Dia faham dengan ‘kehendak’ pengguna internet, jadi dia mendapat idea untuk cuba mengubah rupanya menjadi seorang wanita dengan menggunakan aplikasi ‘FaceApp’.

vocket-tweetfamous-rupanya-lelaki-4
Sumber Gambar: Facebook
vocket-tweetfamous-rupanya-lelaki-5
Sumber Gambar: Facebook
vocket-tweetfamous-rupanya-lelaki-6
Sumber Gambar: Facebook

Tanpa disangka, setiap gambar yang dimuatnaik telah mendapat sambutan oleh ribuan orang ramai. Sekaligus dia menjadi seorang yang popular dalam masa yang singkat. Tambah dia lagi, dia sangat menyukai ‘sambutan’ yang diterima sekarang ini.

Nampaknya pak cik ini akan meneruskan ‘perangainya’ kerana kami dapati  dia masih memuatnaik gambar ‘watak’ wanita walaupun identiti sebenar Azusagakuyuki telah ‘terbongkar’ pada awal minggu ini.

Pada dua tahun lalu, FaceApp menjadi trend di Malaysia apabila rata-rata menggunakan aplikasi tersebut untuk mengubah rupa sendiri menjadi lebih tua.

Bahaya Aplikasi ‘FaceApp’ Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

‘Bahaya’ Cabaran #10YearsChallenge Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

Sumber