Pelakon Idris Elba ketika ini sah akan muncul dalam filem Suicide Squad 2. Pada awalnya, beliau dikhabarkan akan menggantikan Will Smith untuk watak Deadshot tetapi dalam berita terbaru, Elba akan diberi watak baharu dan bukannya Deadshot.

James Gunn memilih untuk tidak menampilkan watak Deadshot dalam Suicide Squad 2 dan membiarkan watak Deadshot khas untuk Will Smith sahaja. Keputusan ini dibuat selepas Warner Bros menghormati keputusan Will Smith untuk tarik diri daripada projek Suicide Squad kerana jadual penggambaran beliau yang padat dan bukannya atas perselisihan faham.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan lakonan mantap Will Smith ketika filem Suicide Squad yang pertama, seandainya Will Smith mahu membuat kemunculan dalam DCEU, Warner Bros dengan pintu terbuka akan menerima Will Smith kembali walaupun peratusan untuk Will Smith kembali adalah sangat kecil.

Menurut James Gunn, filem kedua Suicide Squad nanti bukan lagi karya sekuel untuk filem yang pertama. Jadi, jalan ceritanya pasti berbeza dan mungkin akan menceritakan asal usul setiap watak sekali lagi. Proses perbincangan untuk setiap watak masih lagi berlangsung dan pelakon Margot Robbie dan Cara Delevigne masih belum sah akan kembali untuk Suicide Squad 2.

Watak apa yang akan dilakonkan oleh Elba nanti? Sekiranya semua berjalan lancar, Suicide Squad 2 dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos 2021.

Sumber