Prebet Ielias Ibrahim, satu-satunya anggota tentera sukarela tembak mati 3 komunis guna 5 butir peluru!

Askar Wataniah (AW) adalah anggota tentera sukarela dalam pasukan Tentera Darat Malaysia. Namun walaupun cuma berstatus kerahan/sukarela, jangan ingat mereka lemah atau jangan perkecilkan kemampuan mereka. Kita ada sejarah mengenai salah seorang anggota pasukan ini yang cukup luar biasa keberaniannya dalam menentang pengganas komunis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 15 Ogos 1976 kira-kira pukul 9.30 pagi, Ielias dan empat anggota lain bertugas mengawal pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dekat Banding, Perak.Tiba-tiba kumpulan ini diserang musuh dari kawasan atas bukit. Dalam keadaan tembakan yang bersimpang-siur, seorang anggota tentera terkena tembakan semasa cuba mengambil perlindungan dan meninggal dunia manakala seorang lagi ditembak di perut, pinggang dan belakang semasa meninjau kedudukan musuh.

Sejam kemudian, terdengar bunyi ketukan buluh oleh musuh berserta arahan dalam bahasa Cina mengarahkan mereka berkumpul membuat penggeledahan ke atas pasukan tentera yang cedera.

Ielias yang berlindung tidak jauh dari situ terlihat dua musuh sedang bergerak turun dari atas bukit. Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok dengan berhati-hati menenang ke arah musuh. Satu das tembakannya mengenai PEHA salah seorang musuh sebelum membalasnya dengan tembakan automatik.

Ielias menembak sedas lagi mengenai KEPALA musuh tersebut lalu tersungkur. Seorang lagi musuh merapati dan cuba mengambil senjata rakannya yang terbunuh tadi, malangnya semasa dia mencari perlindungan, sebutir lagi tembakan Ielias hinggap mengorbankan dirinya. Pada jarak 30 kaki, Ielias yang bersenjatakan raifal SLR dapat melihat empat lagi musuh cuba merapati kedudukannya. Dengan semangat berkobar-kobar, beliau melepaskan sedas tembakan menyebabkan seorang lagi musuh MATI di situ juga.

Kesimpulannya, dengan hanya lima butir peluru, tiga komunis ‘KOJOL’ dek bedilan senjata dari Ielias! Kesemua pengganas tadi kemudian lari dari situ.

Kredit: malaysiamilitarypower.blogspot.my
Kredit: malaysiamilitarypower.blogspot.my

Di atas keberaniannya yang luar biasa itu, daripada seorang anggota prebet dan anggota simpanan biasa, Ielias Ibrahim telah dianugerahkan pingat kedua tertinggi negara – Panglima Gagah Berani (PGB) dari Yang Dipertuan Agong.

ielias ibrahim 1

Beliau telah bersara dengan pangkat terakhirnya Pegawai Waran II. Hingga kini beliau masih memegang rekod satu-satunya anggota Askar Wataniah yang mendapat pingat PGB- belum ada siapa dapat pecah rekod Ielias sampai sekarang.

Kredit: malaysiamilitarypower.blogspot.my
Kredit: malaysiamilitarypower.blogspot.my

SALUTE!