Awal pagi ini, peminat bola sepak tanah air dikejutkan dengan perjanjian diantara FMLLP dan iflix dimana para penonton berpeluang menonton perlawanan melibatkan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala FA secara terus menerusi iflix.

Kehangatan Piala Sumbangsih 2018 diantara JDT menentang Kedah yang berlangsung pada malam ini nampaknya sedikit terganggu pada awal perlawanan apabila sejumlah besar penonton gagal untuk mengakses aplikasi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan jumlah penonton yang ramai antara yang menjadi punca dimana pihak iflix turut memohon maaf diatas kegagalan untuk menawarkan pengalaman menonton perlawanan bola sepak melalui platform mereka.

Melihat kepada respon para netizen, jelas ramai yang tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Kami berharap masalah teknikal yang berlaku pada pada malam ini diharapkan tidak lagiĀ berlarutan pada perlawanan-perlawanan seterusnya.