Pandemik COVID-19 ternyata lebih serius daripada apa yang orang ramai bayangkan. Siapa sangka kehadiran wabak ini mampu melumpuhkan ekonomi daripada pelbagai sektor serta membuatkan sejumlah besar individu kehilangan kerja.

Berdasarkan laporan terbaru, syarikat penstriman iflix muncul sebagai syarikat terbaru yang akan melepaskan sejumlah pekerja dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi.

Marc Barnett_600px
CEO iflix, Marc Barnett

Difahamkan keputusan CEO iflix iaitu Marc Barnett untuk melepaskan para pekerja ini bertujuan bagi memastikan syarikat ini mampu terus hidup di saat waktu sukar seperti ini. Setakat ini iflix dilaporkan mempunyai sekitar 50 hingga 65 pekerja.

Meskipun dilanda dengan krisis kewangan, CEO iflix ini nyata optimis dimana iflix dijangka mencapai keuntungan pertama menjelang 2021. Selain Malaysia, iflix juga turut ditawarkan di 12 negara yang lain. Pihak penstriman ini juga turut menawarkan langganan secara percuma buat orang ramai di Malaysia pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Kehadiran pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja dalam negara malah luar negara. Dianggarkan lebih 1 juta rakyat Malaysia berisiko untuk hilang pekerjaan berikutan wabak COVID-19.

Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Berikutan Wabak COVID-19

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

JD Sports Didakwa Paksa Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji?

Sumber