Destinasi pelancongan terkenal di Thailand, Maya Bay sebelum ini diketahui telah ditutup untuk sementara waktu untuk memulihara semula ekosistem yang terjejas akibat aktiviti perlancongan yang tidak terkawal. Kini usaha pihak berkuasa tempatan dalam menjaga semula ekosistem nampaknya sudah berhasil.

Terbaharu menerusi laporan Channel News Asia telah berjaya merakam sekumpulan ikan yu atau jerung yang sudah kembali di Maya Bay. Lebih kurang 90 ekor sudah mula memasuki kawasan pantai dan sekumpulan lagi masih berkeliaran di luar kawasan pantai.

maya bay shark
sumber: Pichayada Promchertchoo

Menurut saintis marin yang terlibat dalam usaha membaikpulih ekosistem di situ, Dr Thon Thamrongnawasawat berkata kumpulan jerun tersebut sudah berani memasuki kawasan pantai Maya Bay disebabkan ketiadaan bot-bot pelancong yang beroperasi seperti sebelum ini. Berikut merupakan video yang menunjukkan kehadiran sekumpulan jerung tersebut.