Bagi peminat perabot IKEA di utara tanah air, berita ini pasti akan mengembirakan anda. Cawangan pertama IKEA di utara akan dibuka di Batu Kawan, Pulau Pinang. Ianya dijanga akan siap dan dibuka pada suku ketiga tahun 2018.

Ikano Pte Ltd, pemilik franchise IKEA di Singapura, Malaysia dan Thailand itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 24 ekar di Batu Kawan dan pembinaannya sudahpun bermula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami mengesahkan harini bahawa cawangan kami di Penang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2018,” kata Christian Rojkjaer, Pengarah Urusan IKEA Cawangan Singapura, Malaysia dan Thailand.

Ikano bersama-sama Aspen Group membeli 245 ekar tanah dari Penang Developement Corp pada tahun 2014 untuk membina Aspen Vision City (AVC) di mana IKEA ini dibina. Kondominium, bangunan pejabat, sekolah international dan Columbia Asia Hospital adalah antara bangunan yang akan dibina dalam AVC ini.

“Visi IKEA adalah untuk membina kehidupan yang lebih baik kepada orang ramai,” kata Rojkjaer. Dengan adanya IKEA ini nanti, ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Lepas ni bolehlah penduduk Pulau Pinang bungkus IKEA meatballs dan makan bersama nasi kandar. Sedap.

Sumber