Syarikat perabot terkemuka dari Sweden, IKEA bercadang untuk mengurangkan sebanyak 7,500 pekerjanya di seluruh dunia menjelang 2020. Pengurangan tersebut pastinya akan memberi kesan kepada hampir lima peratus kakitangan di Ingka Holding iaitu syarikat induk kumpulan tersebut.

IKEA yang ingin memberi tumpuan kepada segmen e-perdagangan dan kedai-kedai yang lebih kecil di pusat bandar memerlukannya menyusun semula operasi dan mengurangkan pekerja di bahagian pejabat. Ikea merupakan jenama besar yang memiliki 367 cawangan di 30 negara membabitkan 160,000 kakitangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan pengurangan itu dibuat bagi menerajui perniagaan yang lebih mudah, berkesan dan cekap. Walaupun pekerja akan dikurangkan, tetapi unit kedai dan pengedaran tidak akan terjejas. Malah, dalam masa yang sama akan mengambil 11,500 pekerja dalam tempoh 2 tahun akan datang bagi memenuhi keupayaan digital syarikat dan bercadang untuk membuka 30 cawangan baharu.