Jenama perabot terkemuka dunia, IKEA bakal membuka butik perabot second-hand pertama mereka tidak lama lagi. Butik yang terletak Eskilstuna, Stockholm ini merupakan projek pilot IKEA sebelum mereka meluaskan idea ini ke seluruh dunia.

Menurut Jonas Carlehed, Ketua Bahagian Kelestarian IKEA Cawangan Sweden, barangan terpakai yang diterima akan diperbaiki di bengkel yang berdekatan dan akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga asal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Barangan terpakai ini diterima daripada pelbagai pusat kitar semula yang terletak di daerah itu di mana orang ramai boleh menyumbang perabot yang mereka tidak lagi pakai untuk inisiatif tersebut.

Sasaran IKEA menjelang 2030 merangkumi kedai tersebut menggunakan bahan yang boleh dikitar semula dan dapat membantu pelanggan dengan mencipta barangan yang dapat digunakan pada jangka masa yang agak lama.

Ia bertujuan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau terutama yang berpunca daripada pengeluaran barangan mentah hingga ke penggunaan dan pelupusan daripada pelanggan kami sendiri pada tahun yang sama.

“Kami sedang membuat penyesuaian semula dan ini merupakan langkah besar yang IKEA pernah buat, dan antara salah satu kunci bagi mencapai sasaran berikut adalah dengan membantu pelanggan dengan mencipta produk yang tahan lama,” Kata Carlehed pada Reuters.

Tambahnya lagi, butik tersebut terletak di pusat membeli-belah yang memfokuskan barangan kitar semula, jadi ia dapat menjadi pengalaman bekerja bagi IKEA mengenai perniagaan barangan terpakai dan bagaimana hendak menarik pembeli.

Jonas menambah bahawa IKEA akan membuat penilaian selama enam bulan terlebih dahulu. Selepas dari tempoh itu, pihak IKEA akan memutuskan jika butik tersebut akan dilancarkan di lebih banyak pasaran atau tidak.

Awal bulan lalu, Ingka Group telah mengatakan bahawa mereka telah melancarkan program pembelian balik di mana anda akan mendapat baucar apabila anda memulangkan perabot IKEA yang lama di mana barang tersebut akan dikitar semula, dijual semula di kedai atau disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Ini pula artikel berkaitan menu makanan sedap yang anda boleh cuba di IKEA pada ketika ini. Klik pada pautan di bawah.

Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA

Bekas Pekerja IKEA Ini Kongsikan Rekaan ‘Showroom’, Ini Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Idaman Anda

IKEA Tawar Kerja Kosong Dengan Gaji Hingga RM43,000 Sebulan, Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Sumber