IKEA nampaknya semakin melebarkan sayap selepas pembukaan cawangan terbaharu mereka di Manhattan tahun ini. Bukan itu sahaja syarikat tersebut kini sedang merancang beberapa pelan perniagaan yang bakal membatu mengembangkan lagi perolehan syarikat tersebut. Antara rancangan yang bakal dijalankan ialah program sewaan perabot.

Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dalaman IKEA, Torbjörn Lööf, buat peringkat permulaan ini pelan sewaan perabot ini hanya akan dilaksanakan di ibu pejabat IKEA di Sweden untuk memudahkan pemantauan dijalankan. Peringkat eksperimen ini hanya akan dimulakan dengan sewaan meja dan kerusi sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Torbjorn Loof Ikea

Tambah beliau lagi, program ini akan membenarkan pengguna untuk menyewa perabot dalam tempoh tertentu. Setelah tamat tempoh penyewaan, pengguna dikehendaki untuk menghantar semula perabot dan dibenarkan untuk memilih perabot lain untuk disewa.

Program ini akan membantu untuk mengguna semula komponen perabot terpakai untuk mencipta perabot baharu dan mengurangkan pembuangan perabot terpakai. Agak-agak bagaimana agaknya jika program yang sama diperkenalkan oleh IKEA Malaysia?