IKEA kini telah memperkenalkan satu lagi produk yang akan datang kerjasama bersama Sonos iaitu speaker SYMFONISK. Speaker ini mempunyai gabungan kepakaran teknologi Sonos. Reka bentuknya direka khas dengan lapisan kain hitam yang bercorak halus.

Oleh kerana reka bentuknya yang menarik, IKEA menyarankan pengguna, dimana SYMFONISK juga boleh digunakan sebagai hiasan pada susunan buku dan juga boleh dijadikan sebagai rak yang boleh dipasang di dinding.

Alat pembesar suara SYMFONISK ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada April tahun ini. Buat anda yang sedang mencari speaker dengan rekabentuk yang tampak simple namun masih mengekalkan penggunaan teknologi yang tinggi, mungkin ini speaker yang anda perlukan.

https___hypebeast.com_image_2019_03_ikea-sonos-speaker-details-1

https___hypebeast.com_image_2019_03_ikea-sonos-speaker-details-2