Berita ini sangat menggembirakan pelanggan pelanggan IKEA kerana mereka yang tinggal berhampiran Cheras lebih mudah membeli belah. Dan orang Damansara akan berasa bersyukur kerana kurangnya kesesakan jalan raya selepas ini. Heh.

Menurut laporan surat khabar online kegemaran ramai, Bernama, Ikano Pte Ltd yang juga pengendali rangkaian IKEA di Singapura, Thailand dan Malaysia, dijangka membuka cawangan keduanya di Cheras, menjelang akhir tahun ini yang juga terbesar di Malaysia setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan pembesaran syarikat kelengkapan rumah berpangkalan di Sweden itu, di sekitar Asia Tenggara.

Terletak di Jalan Cochrane, cawangan terbaharu itu adalah yang terbesar di negara ini dengan saiz keseluruhannya 20 peratus lebih besar daripada IKEA Damansara.

“Usaha pembangunannya sedang berjalan dan kami turut menumpukan aspek perkakasan dalaman serta kekuatan operasi premis berkenaan. Maklumat lanjut akan diumumkan pada bulan-bulan mendatang,” kata Pengarah Peruncitannya, Mike King.