Pusat membeli belah IKEA Damansara hari ini mengumumkan premis mereka akan ditutup selama sehari (hari ini) selepas salah seorang pekerja sambilan mereka disyaki positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook mereka pagi ini, pekerja sedang berada di bawah jagaan pihak berkuasa dan masih lagi menunggu untuk menjalani ujian saringan.

IMG_4948 (1)

“Sebagai langkah pencegahan proaktif, premis kami akan ditutup pada 7 November 2020 untuk menjalani proses sanitasi dan pembersihan mengikut standard KKM.

“Kami akan kembali beroperasi pada 8 November 2020 (esok). Kami juga sedang bekerja rapat dengan pegawai kesihatan awam dan akan mengikut nasihat yang diberikan,” jelas mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau difahamkan kali terakhir masuk bekerja pada 30 Oktober (Jumaat) yang lalu.

Pihak IKEA bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut bahagian atau jabatan pekerja berkenaan ditugaskan sebelum ini.

Baca kenytaan penuh daripada IKEA Damansara melalui pautan di bawah.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 melalui pautan di bawah.

Vaksin COVID-19 Yang Ditawarkan Kepada Malaysia Berharga RM87.60 Sebotol

4 Jangkitan COVID-19 Dilaporkan Di Kelantan Selepas Jururawat ‘Balik Kampung’

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

 

Sumber