Sudah menjadi kebiasaan gedung IKEA dilengkapi dengan lot parkir yang banyak. Hal ini secara tidak langsung bakal memudahkan orang ramai untuk singgah ke gedung IKEA serta membawa pulang barangan yang dibeli dengan memuatnya di dalam kereta.

Walau bagaimanapun, IKEA yang sedang dibangunkan di Vienna, Austria ini mempunyai konsep yang berbeza selepas didapati gedung dengan keluasan tujuh tingkat ini tidak dilengkapi dengan lot parkir.

Screen Shot 2020-01-20 at 1.33.53 PM

Terletak berhampiran stesen tram, para pengguna berpeluang untuk ke gedung ini dengan hanya berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan perkhidmatan tram.

Malah, tujuan utama IKEA ini tidak menyediakan lot parkir adalah disebabkan tidak ada keperluan untuk pengguna membawa pulang barangan menggunakan kereta memandangkan kesemua barang yang besar bakal diuruskan dan dihantar melalui pihak IKEA.

ikea-1.jpg.860x0_q70_crop-scale

Selain itu, pengurangan kebergantungan kepada kereta sekaligus menjadikan IKEA ini sebagai bangunan eco friendly serta bebas daripada pencemaran udara.

Melihatkan kepada konsep dan keluasan yang ditawarkan, agak menarik untuk mengetahui adakah orang ramai sekitar Malaysia bersetuju sekiranya konsep IKEA tanpa lot parkir ini dibuat di Malaysia.

Sempena Tahun Baru Cina, IKEA Malaysia telah memperkenalkan menu Bak Kwa halal.

Bak Kwa Halal Antara Menu Baharu IKEA Sempena Tahun Baru Cina

Drama Ini Dirakam Tanpa Pengetahuan IKEA Dan Hasilnya Sangat Baik

Sumber