Pembukaan cawangan IKEA pertama di India minggu lepas di Hyderabad bakal membuka tawaran penghantaran barangan sama seperti di cawangan lain di seluruh dunia. Namun, penggunaan rickshaw yang menjadi identiti kepada pengangkutan di negara tersebut digunapakai oleh IKEA India.

ikea india

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hebatnya lagi kenderaan ini dilengkapi dengan panel tenaga solar yang digunakan sebagai punca tenaga kenderaan tersebut. Lebihan tenaga solar daripada kenderaan tersebut akan disalurkan semula untuk kegunaan outlet IKEA sebaik sahaja penghantaran selesai dijalankan dan kenderaan tersebut kembali ke kedai.

Cool bukan? Untuk sensitivi penduduk di India, IKEA tidak akan menawarkan bebola daging terkenal mereka untuk pasaran negara India.