Harga perabot dan perkakas rumah Ikea dijangka akan meningkat akibat gangguan berpanjangan yang berlaku terhadap rantaian bekalan. Kebimbangan ini dikeluarkan sendiri oleh pemilik jenama terbesar dunia selepas peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan. Inter Ikea Group, syarikat induk jenama Ikea, yang dikendalikan oleh rangkaian perniagaan berkata ia menjangkakan cabaran dalam rantaian bekalannya akan bertahan sehingga 2022, lapor The Guardian.

Seperti kebanyakan jenama kelengkapan rumah yang lain, Ikea mendapat manfaat yang besar sejak berlakunya wabak COVID-19 dengan kebanyakan orang yang terkurung membelanjakan wang untuk mencantikkan rumah mereka. Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai Inter Ikea Group jatuh sebanyak 16% pada tahun fiskal hingga akhir Ogos kepada USD$ 1.98 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syarikat tersebut dalam kenyataan berkata bahawa pandemik global telah memberi kesan besar kepada kewangan Ikea. Faktor terbesar yang menyumbang kepada situasi ini adalah kenaikan mendadak harga pengangkutan dan bahan mentah.

Inter Ikea Group yang kebanyakannya menjana wang dengan menjual barangan kepada rakan kongsi francis menambah bahawa cabaran paling besar masa kini adalah memastikan stok di kedai dan gudang tidak berkurangan. Dengan gangguan kepada rantaian bekalan, syarikat induk Ikea menjangkakan bahawa situasi ini akan berterusan sehingga tahun hadapan.

Sebelum ini jenama barangan keperluan rumah tersebut pernah berkata bahawa cabaran terbesarnya adalah mengeksport produk dari China, di mana kira-kira satu perempat daripada barangannya dihasilkan di sana. Rantaian kedai di Amerika Utara pula paling teruk terjejas akibat kekurangan produk, diikuti dengan rangkaian kedai di Eropah.

Peruncit pula telah mengalih keluar barangan yang sudah kehabisan stok daripada laman web untuk mengelak daripada kekeliruan dan mengecewakan pembeli. Antara solusi yang dicadangkan oleh Ikea adalah menawarkan cadangan produk lain kepada pelanggan mereka.

Firma itu bulan lalu turut mencadangkan langkah tambahan yang telah diambil untuk mengangkut bahan dari Asia ke Eropah, termasuk menyewa kereta api sendiri. Jon Abrahamsson Ring, ketua eksekutif Inter Ikea, memberitahu Financial Times bahawa “cabaran ketersediaan dan bahan mentah” akan bertahan “untuk tempoh yang lebih lama daripada yang kita fikirkan pada permulaan krisis”.

Mengapa Ikea Singapura terus berkembang walaupun dibuli teruk oleh pelanggan Kiasu? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Mengapa Ikea Singapura Terus Berkembang Walaupun Dibuli Teruk Oleh Pelanggan Kiasu

11 Perkara Tentang Pengasas IKEA Yang Membuatkan Dia Menjadi Billionaire

11 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pilih Perabot Di Ikea