Selepas berjaya dengan koleksi “MARKERAD” bersama Virgil Abloh, IKEA Malaysia bakal membawa masuk pula koleksi kolaborasi khas mereka bersama jenama dari Thailand, GREYHOUND ORIGINAL.

Koleksi SAMMANKOPPLA ini unik kerana perekanya, Bhanu Inkawat mengambil inspirasi perabot serta alatan rumah yang biasa dilihat di Thailand dalam menghasilkan koleksi ini. Maka terhasillah tikar dan beg mengkuang dengan corak moden, lampu tidur berbentuk botol, kusyen tiga segi yang selesa dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bhanu mahu membawa gaya street of Bangkok ke seluruh dunia dengan twist moden yang sesuai untuk bilik atau ruang tamu anda. Elemen moden, traditional Thai dan sustainable living diterapkan dalam setiap produk supaya falsafah jenama GREYHOUND dan IKEA wujud dalam koleksi ini.

ikea samm

ikea samm 2

Koleksi unik dan fun SAMMANKOPPLA ini sudah boleh dibeli secara dalam talian di sini dengan harga permulaan RM9.90 – RM399. Kami sukakan tikar, beg silang dan kusyen 3 segi dalam koleksi ini. Anda pula?

Sebelum ini, Padin Musa dan Vans pernah menghasilkan kasut khas dengan rekaan mengkuang yang terjual pada harga RM,4902. Klik pada pautan di bawah.

Kasut Vans Tikar Mengkuang Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

Thailand Dijangka Hanya Akan Buka Pintu Sempadan Pada 2021