IKEA baru-baru ini telah melancarkan speaker bluetooth pertama mereka. Dinamakan sebagai IKEA ENEBY, speaker ini hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 20cm2 dan 30cm2.

Memandangkan produk ini merupakan keluaran IKEA, rekaan yang minimalis antara yang boleh anda jangkakan. Kedua-dua model ini disertakan dengan pemegang dan untuk membolehkan pengguna membawanya dengan mudah.

Melalui model ini, IKEA ENEBY turut disertakan dengan butang untuk pengguna melaraskan suara. Untuk membuatkan model ini lebih sesuai untuk dipadankan bersama warna perabot rumah anda, anda berpeluang mendapatkan panel bahagian hadapan dengan beberapa pilihan warna yang lain.

Setakat ini IKEA ENEBY sedia ditawarkan di laman web IKEA luar negara dengan harga sekitar $55 (~RM212.63). Model ini bakal mula ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Berdasarkan rekaannya kemungkinan ini kelengkapan yang berbaloi untuk anda dapatkan.

ikea-eneby-bluetooth-speakers-1 (1)

ikea-eneby-bluetooth-speakers-2

ikea-eneby-bluetooth-speakers-3

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group