Sekiranya anda pernah mencari sebuah meja atau table top, kami yakin IKEA Linnmon pastinya antara pilihan yang berada dalam senarai anda. Rekaannya yang minimalis serta ditawarkan pada harga mampu milik antara faktor utama orang ramai memilih table top model Linnmon keluaran IKEA ini.

Di sebalik harganya yang mampu milik, tular di media sosial baru-baru ini mengenai ketahanan IKEA Linnmon yang dikatakan tidak mampu menampung beban yang berat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian Rex Feirdaus melalui Facebook group PC Gaming Community MALAYSIA, meja ini didakwa tidak berbaloi dengan harganya serta mudah patah yang sekaligus mungkin merosakkan barangan seperti komputer yang diletak di atas meja ini.

101115860_10221060488795613_3371694282506240000_o

102270030_10221060489235624_6310271362665545728_o

Bagi mendapatkan kepastian, sebuah video telah dikongsikan oleh YouTuber David Zhang bagi mengetahui lebih lanjut mengenai ruangan dalam meja IKEA Linmonn.

Berdasarkan hasil eksperimen yang dijalankan, dapat dikenal pasti meja IKEA Linnmonn sekadar menggunakan kotak jenis honeycomb pada bahagian dalam sekaligus menjelaskan ketahanan meja ini.

ikea linnmon
Rekaan dalam IKEA Linnmon. Sumber: Youtube David Zhang

Meskipun hadir dengan harga mampu milik serta rekaan yang kemas, pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan meja yang lebih kukuh atau model IKEA dengan ketahanan yang lebih baik sekiranya anda mahu menggunakannya untuk tempoh yang panjang atau meletakkan kelengkapan yang berat seperti komputer dan sebagainya.

IKEA Rusia sebelum ini pernah mengongsikan panduan membina khemah untuk kanak-kanak di rumah menggunakan perabot mereka. Ketahui juga resipi rahsia Sweedish Meatballs daripada IKEA.

IKEA Rusia Hasilkan Panduan Bina Khemah Untuk Kanak-Kanak Di Rumah Menggunakan Perabot Mereka

IKEA Dedah Resipi Rahsia ‘Swedish Meatballs’ Lazat Yang Pasti Buat Anda Teruja