Syarikat perabot dari Sweden, IKEA telah memperkenalkan cuti selama satu bulan bergaji kepada kakitangan lelaki yang menerima zuriat bermula sejak 1 Januari tahun ini. Tawaran cuti ini turut diberikan kepada kakitangan IKEA di seluruh Asia Tenggara.

Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song menjelaskan, perkara itu diperkenalkan bagi memberi peluang kepada kaum bapa untuk menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah.

“Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya

IKEA mungkin syarikat pertama di Malaysia yang memberi cuti sebulan bergaji kepada kaum bapa.

Baca juga: Maybank Jadi Yang Pertama Tawar Cuti Bersalin Sehingga Setahun

Sumber