Siapa tidak kenal gedung beli belah yang tidak hanya terkenal dengan kelengkapan perabot rumah bahkan juga bebola daging yang sering menjadi buah mulut orang ramai, IKEA semalam telah melancarkan beli belah atas talian.

Timbalan Pengarah Runcit Asia Tenggara, Gerard Jansen percaya langkah ini mampu meningkatkan jumlah pembeli seiring dengan strategi pengembangan syarikat tersebut. Dengan adanya pembelian dalam talian ini pastinya memudahkan lagi urusan beli belah oleh pembeli lebih-lebih lagi pada pembeli yang berada luar kawasan Lembah Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2018-08-17 at 2.28.41 PM
Harga cas penghantaran yang dikenakan IKEA

Setakat ini hanya perabot dan kelengkapan rumah sahaja ditawarkan untuk jualan atas talian. Penghantaran menggunakan trak atau kurier disediakan untuk tempahan di Semenanjung Malaysia manakala penghantara menggunakan trak di Sabah dan Sarawak hanya terdapat di bandar terpilih seperti Kuching, Miri dan Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, layari laman web IKEA Malaysia.