Ikea yang terkenal dengan bebola daging Sweden dan kuah ikoniknya kini memperkenalkan beberapa menu baru yang sangat unik. Antara menu yang diberi sentuhan ramuan unik ialah bebola daging ikonik itu sendiri.

Space10 yang merupakan makmal penyelidikan dan inovasi Ikea di Denmark telah mula menjalankan kajian mengenai bahan yang boleh dijadikan ramuan bagi menyediakan alternatif untuk menggantikan bahan mentah yang biasa digunakan. Berikut kami kongsikan lima menu Ikea yang direka semula dengan bahan yang baru dan lebih menyihatkan ialah ‘The Dogless Hotdog’, ‘The Bug Burger’, ‘The Neatball’,’Salads’ dan ‘Microgreen Ice Cream’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1.The Dogless Hotdog

Roti burger tersebut yang berwarna hijau diperbuat daripada spirulina iaitu sejenis rumpai air yang mengandungi 50 kali lebih zat besi berbanding bayam dan tinggi dengan beta karotin. Hotdog pula digantikan dengan lobak yang telah dikeringkan, bawang, herba, ubi bit merah, salad timun dan sos beri.

2.The Bug Burger

Burger ini diolah daripada burger klasik yang ditawarkan di Ikea. ‘The Bug Burger’ diperbuat daripada ubi bit merah, parsnip, kentang dan ulat Hong Kong. Mungkin anda sudah tidak sabar untuk mencuba burger dengan ramuan terbaru ini?

3.The Neatball

Bebola ini tidak mengandungi daging untuk memastikan menu ini menjadi lebih menyihatkan. Terdapat dua jenis ‘The Neatball’ iaitu, bebola yang diperbuat daripada cacing Hong Kong sepenuhnya atau ubi bit merah.

ikea-fast-food-9neat

4. Salad
https://www.instagram.com/p/BdiL07TlplM/

Makanan sihat pasti tidak lengkap tanpa sayuran hijau. Ikea turut menyajikan salad yang mengandugi sayuran hijau yang ditanam secara hidroponik atau ditanam dalam air. Salad ini disajikan dalam 3 menu yang berlainan campuran dan disertakan dengan sos istimewa.

5. Microgreen Ice Cream

Hidangan menjadi tidak langkap tanpa pencuci mulut oleh itu Ikea turut memperkenalkan rangakaian ais krim berperisa adas atau fennel, daun ketumbar, daun basil dan pudina. Campuran jus epal, epal segar, dan jus lemon akan digunakan sebagai pemanis.

ice cream ikea

Tetapi menu-menu unik cuma boleh didapati di Space10 sahaja buat masa sekarang. Jika anda ingin mencuba, kena terbang ke Sweden terlebih dahulu.

Sumber