Setelah lama dinanti-nantikan oleh warga Utara, IKEA nampaknya bakal membuka cawangan pertama mereka di Utara bertempat di Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 14 Mac ini.

Pembukaan IKEA di Pulau Pinang ini merupakan cawangan keempat IKEA di negara ini. Mengulas mengenai keluasan cawangan terbaru ini, difahamkan IKEA Pulau Pinang mempunyai keluasan 43,600 meter persegi serta bakal menempatkan lebih 8,000 produk.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →
image

Sumber: Time Out

Pihak IKEA Malaysia turut menjangkakan kehadiran pengunjung sehingga 50,000 seminggu melihat kepada penantian orang ramai sebelum pembukaan cawangan terbaru ini.

Buat warga Utara yang berminat untuk menjadi yang terawal berkunjung ke IKEA, anda boleh berkunjung ke IKEA yang bertempat di Batu Kawan bermula 14 Mac ini. Kehadiran pengunjung yang tinggi pada beberapa bulan terawal antara yang dijangkakan.

Anda Mungkin Suka