Umum sudah mengetahui kesesakan lalu lintas sepanjang 1 kilometer yang terjadi 14 Mac lalu disebabkan penduduk tempatan berpusu-pusu ke pembukaan hari pertama IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang.

Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia mengunjungi IKEA bukan sahaja untuk membeli perabot tetapi untuk menikmati jualan makanan seperti bebola daging ikonik IKEA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian terkini pihak IKEA Batu Kawan, lebih 32,000 bebola daging berjaya dijual pada hari pertama pembukaan cawangan tersebut. Bukan itu sahaja, jualan karipap juga mencecah hingga 23,600 biji pada hari yang sama.

Difahamkan pengunjung mula beratur seawal 7 pagi di hadapan stor sedangkan cawangan tersebut hanya akan mula beroperasi pada jam 10 pagi. Tawaran eksklusif yang diberikan kepada pengunjung pada hari pertama juga menjadi salah satu daya tarik. Jika anda belum mengunjungi cawangan terbaharu IKEA di Pulau Pinang, apa kata rancang perjalanan anda bermula sekarang.

https://www.instagram.com/p/Bu-8nHWH7s8/