Syarikat pengeluar perabot Sweden tersebut dikatakan sedang merancang untuk membuka cawangan ketiga di sekitar Lembah Klang. Namun lokasi spesifik untuk cawangan tersebut masih belum disahkan.

Menurut kenyataan pengarah urusan IKEA Asia Tenggara kepada The Edge Markets, Christian Rojkjaer pihak mereka sedang merancang untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur yang kini hanya mempunyai dua cawangan di Mutiara Damansara dan Cheras. Tambahnya dalam masa yang sama pihak IKEA memantau pembangunan cawangan terbaharu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Seperti semua sedia maklum, IKEA bakal beroperasi di Toppen Shopping Centre di Tebrau, Johor. Projek yang menelan belanja hampir RM600 juta tersebut dijadualkan bakal siap dan beroperasi pada tahun 2019 nanti.

IKEA yang juga terkenal dengan rangakaian produk makanan melihat potensi pasaran di seluruh Malaysia dan merancang untuk melebarkan cawangan ke Sabah dan Sarawak. IKEA juga baharu sahaja melancarkan e-commerce di cawangan Semenanjung Malaysia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤