Ikea sedang menggunakan penyelesaian rumah mereka yang murah untuk membantu pelarian Syria. Ikea sedang bekerjasama dengan United Nations untuk membantu pelarian Syria di Jerman, Switzerland, dan Sweden dengan menyediakan rumah sementara.

Buat masa sekarang, kebanyakkan pelarian tinggal dalam khemah, tapi Ikea’s Better Shelters merupakan pilihan lebih sesuai dengan dilengkapi tingkap, kelambu, lampu, sistem pengudaraan, dan pintu yang dapat menghalang wanita dan kanak-kanak daripada serangan seksual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ikea’s Better Shelters mempunyai dua model yang berbeza dengan satu daripadanya dapat memuatkan 5 orang, sesuai untuk keluarga. Kedua-dua model direka dengan bumbung setinggi 6 kaki dan panel solar di atas untuk menjana kuasa lampu LED dan pengecas telefon.

Seperti produk IKEA yang lain, struktur rumah ini juga dihantar dalam bentuk in-flat pack dan mengambil masa 4 ke 8 jam untuk dipasang. Struktur rumah ini memakan kos tiga kali ganda daripada khemah sedia ada Namun, rumah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun berbanding khemah pelarian yang jangka hayatnya cuma 6 bulan.

Pesuruhjaya United Nations bahagian pelarian telah menempah 10,000 Better Shelters, IKEA juga telah menyumbang $166 juta kepada organisasi tersebut dengan menderma $1.06 setiap produk lampu LED yang terjual.

Dengan hampir 60 juta pelarian ditempatkan, IKEA sedar mereka hanya menyelesaikan sebahagian kecil masalah yang berlaku.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber