Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengarah Urusan IKEA Supply Malaysia, Lee Bee Chin berkata pihak mereka akan membuka sebuah Pusat Pengedaran (DC) IKEA di Pulau Indah, Selangor dengan nilai pelaburan sebanyak RM 900,000,000 dan ianya telah memulakan pembinaannya itu dan dijangka akan dibuka pada September 2020 nanti.

Pemilihan lokasi pembinaannya di Selangor yang merupakan lokasi yang strategik untuk menjalankan pembekalan di rantau Asia Tenggara dan ianya juga mempunyai keluasan 95 000 meter persegi yang akan memiliki kapasiti ruang simpanan kira-kira 192 800 meter padu.

Sumber: Flickr

Pembukaan pusat pengedaran di Pulau Indah ini akan membantu dan memudahkan lebih ramai pelanggan di Asia Tenggara dan India untuk memiliki bekalan kelengkapan rumah yang diminati dan diidamkan.

Selain itu, pusat pengedaran ini bakal berkhidmat sebagai hub pengedaran utama bekalan ke pasaran Asia Tenggara dan India sekaligus akan memudahkan kedua-dua pasaran ini menerima dan menempah bekalan daripada IKEA.

Anda Mungkin Suka