IKEA adalah antara jenama perabot terbesar di dunia. Memiliki 276 kedai di lebih 20 negara. IKEA sering menjadi pilihan orang ramai bagi berbelanja membeli perabot rumah.

Jenama besar ini juga telah bertapak lama di Malaysia, bermula dengan kedai pertama di Bandar Utama, sebelum berpindah ke Mutiara Damansara pada 2003. Kini IKEA memiliki tiga lagi kedai yang bertapak di Cheras, Tebrau dan Batu Kawan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, IKEA telah membuka satu tawaran pekerjaan sebagai pengurus dengan gaji kira-kira $ 9,150 hingga $ 14,250 sebulan (RM27,000 hingga RM43,000). Namun, sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, jawatan ini hanya dibuka di IKEA Singapura – tetapi rakyat Malaysia juga boleh memohon.

Screenshot 2020-10-12 at 11.27.24 AM

Dalam satu kenyataan, IKEA Singapura menyatakan bahawa mereka sedang mencari seorang pengurus jualan profesional yang mampu menyokong IKEA untuk mendapat keuntungan jangka panjang dengan pengalaman lebih lima tahun.

Melalui mycareersfuture.com, IKEA Singapura menyatakan bahawa tugas seorang pengurus jualan adalah untuk mengoptimumkan penjualan, mengembangkan strategi jangka panjang, memenuhi keperluan pelanggan, dan banyak lagi. 

ikea

Antara ciri-ciri penting yang diperlukan oleh IKEA Singapura adalah anda mesti mempunyai pengalaman yang luas sebagai Pengurus Jualan Kedai IKEA atau pengalaman Jualan di Pejabat Perkhidmatan serta memahami peranan dan tugas pasukan penjualan di IKEA.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan di mycareersfuture.com, tawaran ini dibuka sehingga 25 Oktober 2020 dan sudah ada 143 permohonan yang dikemukakan.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bekas Pekerja IKEA Ini Kongsikan Rekaan ‘Showroom’, Ini Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Idaman Anda

Curi Perhatian Netizen, IKEA Taiwan Perkenalkan ‘Roti Aiskrim’ Yang Mudah Didapati Di Malaysia

Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA