Gedung IKEA Tebrau, Johor Bahru secara rasminya telah diumumkan akan mula beroperasi pada 16 November 2017. Menurut Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara Mike King, gedung IKEA di Tebrau ini merupakan gedung IKEA yang pertama di buka di Selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan gedung IKEA yang terbesar di Asia Tenggara.

IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi dan memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah. Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweaden ditawarkan pada harga yang berpatutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik, gedung IKEA Tebrau ini mampu memuatkan sehingga 750 pelanggan dalam satu-satu masa dan tersedia dengan lebih daripada 1,700 parkir serta stesen mengecas kereta elektrik. Kepada pelanggan yang ingin datang ke sini, IKEA Tebrau boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Sumber