Syarikat perabot terkenal dari Sweden, IKEA telah hilang hak ke atas tanda dagangan (trademark) komersil mereka selepas mahkamah di Jakarta, Indonesia memutuskan IKEA adalah hak tanda dagangan kepada sebuah syarikat dari Surabaya, Indonesia dan Mahkamah Agung telah menolak rayuan pihak IKEA.

Hal ini berlaku apabila syarikat perabot tempatan Indonesia, PT Ratania Khatulistiwa telah mendaftarkan tanda dagangan mereka sebagai IKEA pada 20 Disember 2013 bagi akronim ‘Intan Khatulistiwa Esa Abadi’. Manakala, IKEA pula telah mendaftarkan tanda dagangan itu pada 9 Oktober 2006 dan 27 Oktober 2010.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peluang baik muncul buat PT Ratania Khatulistiwa apabila mendapati tanda dagangan IKEA itu tidak digunakan secara aktif selama 3 tahun berturut-turut untuk tujuan komersial. Maka, pendaftaran tanda dagangan oleh IKEA itu boleh dipadamkan di bawah undang-undang tanda dagangan Indonesia.

Selepas PT Ratania Khatulistiwa mendaftarkan tanda dagangan mereka sebagai IKEA berdasarkan peraturan tersebut, mereka telah memfailkan kes ke atas syarikat IKEA Sweden di Mahkamah Daerah Pusat Jakarta agar pihak IKEA melepaskan tuntutan mereka terhadap tanda dagangan tersebut.

Keputusan mahkamah menyebelahi PT Ratania Khatulistiwa dan mengarahkan syarikat IKEA berhenti menggunakan nama tersebut. Disebabkan itu IKEA telah memfailkan rayuan tetapi ia telah ditolak pada Selasa lepas.

Kedai perabot IKEA seluas 35,000 meter persegi terletak di Alam Sutera ini merupakan kedai IKEA ke-364 di dunia. Jika anda dari Jakarta, anda perlu memandu selama 2 jam untuk sampai ke sana.