Beberapa hari lalu, lintas di timeline Instagram saya satu video yang agak unik. Kisahnya berkenaan seorang wanita yang terjatuh, kemudiannya wanita berkenaan menelefon suaminya untuk minta bantuan.

Peliknya, wanita berkenaan yang berpakaian traditional Indonesia lama mempunyai iPhone (dengan casing iPhone yang awesome) dan meminta bantuan dari suaminya yang menunggang burung garuda! Yang si suami pula guna Google Maps untuk tiba ke lokasi si isteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video yang berdurasi seminit ini sudah mempunyai 10 juta tontonan di 9gag. Kemudiannya barulah saya tahu ianya merupakan sebuah iklan aiskrim bertajuk ‘Kisah Legenda Nusantara’ untuk jenama lokal Indoeskrim dan bukannya drama sinetron. Kalau ianya cerita sinetron, saya mahu tonton kerana keunikkannya! Treatment iklan ini memang sama betul dengan drama sinetron.

Mastermind di sebalik iklan yang unik ini adalah Dimas Djayadiningrat, seorang direktor yang sudah menghasilkan banyak iklan-iklan hebat di Indonesia. Jika anda lihat karya-karya iklan Dimas yang sebelum ini, semuanya sangat awesome
dan untuk iklan aiskrim Indoeskrim ini, beliau mahu cuba sesuatu yang ‘berlainan’. Di bawah adalah iklan penuh Indoeskrim ini dan satu iklan lain yang pernah dihasilkan sebelum ini Dimas.

Dalam temubual bersama The Jakarta Post, Dimas memberitahu bahawa Indoeskrim pada mulanya mahukan iklan menggunakan set rumah moden biasa tetapi dengan pelakonnya memakai kostum sambil menunggang kuda. Namun, apbila bila dibawah kendaliannya, beliau mengubah konsep itu.

“Kita cuba untuk tricked penonton dengan memberi mereka drama di awalnya dan twist hebat di belakangnnya,” kata Dimas. Nampaknya twist itu berjaya dengan jayanya. Prop seperti iPhone, peti sejuk dan walkie-talkie adalah ideanya untuk menambahkan lagi twist dan keseronokkan iklan ini.

Dimas mengambil serious produksi iklan ini. Beliau tidak mahu menggunakan kamera berkualiti tinggi tetapi cuma DV Cam yang biasa digunakan kebanyakkan rancangan sinetron di Indonesia dan mahukan pelakonnya berlakon sama seperti watak sinetron. Sehingga ke proses dubbing suara pun Dimas mahu sama seperti siri sinetron.

Tambah direktor berusia 43 tahun itu, beliau sangat sukakan sejarah dan iklannya ini tidak berniat pun mempermainkan sejarah purba Indonesia.Malah menurut Dimas, iklan ini juga sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Indonesia. “Saya tahu budaya kami seperti ini. Sekiranya dicampurkan elemen kehidupan harian dalam masyarakat hari ini ditambah dengan kostum,editing dan komedi, ternyata lebih fun bukan?” tambah Dimas.

Nyata iklan aiskrim ini mendapat perhatian dunia bukan sahaja hanya di Indonesia. Percaturan Dimas kali ini berjaya dan Indoeskrim pasti mendapat tempahan dari seluruh dunia ketika ini. Kudos Dimas dan team! Sekarang kita semua ada masalah. Masalahnya; mana nak beli casing iPhone dalam iklan ini?

Sumber