Sejak terlahirnya telefon pintar, dunia telah melalui perubahan yang besar sejak itu. Dari anak muda sehinggalah ke orang dewasa, semuanya memiliki telefon bimbit.

Tujuan asalnya mudah, untuk menghubungkan yang jauh dan mendekatkan yang rapat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, realitinya jelas sekali berubah sejak teknologi telah memakan perubahan zaman. Telefon bimbit dilihat telah mengambil hampir separuh daripada hidup manusia.

phone-wall-campaign-psychological-research-center-1-5de518db598a8__700

Daripada tujuan untuk menghubungkan yang jauh, telefon bimbit sebenarnya secara perlahan telah menjauhkan yang dekat.

Terdapat iklan yang dilancarkan pada 2015 yang menggambarkan realiti kesakitan yang melanda masyarakat kini yang dipanggil antisosial.

Kempen itu cuba untuk mengatasi dan membawa mata manusia kepada persoalan asas ; bagaimana telefon bimbit telah menjauhkan kita dengan mereka yang dekat?

phone-wall-campaign-psychological-research-center-2-5de518dd428f9__700

Iklan tersebut jelas menggambarkan bagaimana seorang ahli keluarga yang disekat dengan dinding telefon pintar ; seperti ibu yang melayari internet dan mengabaikan anak perempuannya, seorang ayah yang menonton klip video dan tidak mempedulikan apa yang dilakukan oleh anaknya, dan seorang isteri menghantar mesej kepada seseorang sambil suaminya sedang terbaring di sebelah.

Iklan ini kuat dan jelas bahawa betapa telefon sedikit demi sedikit telah mengambil hubungan kita dengan mereka yang dekat dalam kita sedang merapatkan hubungan dengan yang jauh.

phone-wall-campaign-psychological-research-center-3-5de518dee4472__700

Lebih kuat lagi mesej iklan ini apabila mereka menggunakan kata-kata seperti ‘Semakin anda cuba berhubung, semakin kurang anda menghubung’.

Kesan Penggunaan Telefon Bimbit

Dr. Daniūnaitė, ahli Psikologi dan Psikoterapi yang mengkaji tingkah laku kognitif dan kesedaran seseorang manusia menjelaskan bahawa 28% penduduk dunia ketagih dengan permainan video – termasuk permainan yang dimainkan di telefon bimbit atau tablet.

Permainan video dilihat bertindak seperti dadah di mana ia akan mengaktifkan sistem dopamin manusia – kita mendapat ganjaran dengan hanya usaha yang sedikit, satu sistem yang sama seperti dadah.

Secara dasarnya, beliau ingin menekankan bahawa telefon bimbit tidak mempunyai apa-apa masalah, tetapi isi kandungan telefon tersebut yang menjerumuskan kepada masalah yang lebih besar.

depositphotos_167829644-stock-video-a-group-of-young-people

Ketagihan kepada telefon bimbit juga mampu untuk memberi kesan kepada emosi manusia. Seseorang itu cenderung untuk marah bahkan mereka akan bertindak agresif dengan sesuatu perkara.

Secara statistiknya, pengguna telefon pintar akan menghabiskan kira-kira 5 jam sehari. Daripada purata 16 jam kita berjaga, hampir sepertiga masa itu kita habiskan dengan telefon bimbit.

Masa terbuang ini sepatutnya digunakan secara baik untuk berinteraksi dengan mereka yang terdekat. Mendengar setiap masalah mereka atau meluangkan lebih masa untuk mereka.

Ya, sememangnya yang jauh juga kita perlu luangkan masa. Tetapi jika kita mementingkan yang jauh dan meninggalkan yang dekat. Kita tidak bertindak adil kepada sistem sosial kita sendiri.

Ini Respon Netizen Apabila Pihak Polis Dibenarkan ‘Check’ Telefon Pintar Orang Awam

5 Telefon Pintar Berbaloi Dimiliki Sempena Jualan 11.11 Lazada

Huawei Singapura Kecoh Promosi Telefon Pintar RM162 ‘Habis’ Sebelum Kedai Dibuka

Sumber