Kebanyakan orang membaca pada kadar 250 perkataan per minit secara purata. Ini bermaksud satu muka surat dibaca dalam tempoh 1 hingga 2 minit. Bayangkan jika anda dapat lipat kali ganda kepantasan membaca hingga 500 perkataan per minit. Pastinya anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk tugasan lain. Sebenarnya kita boleh membaca dengan laju. Tak percaya? Uji diri anda dengan menonton ini:

https://www.youtube.com/watch?v=5gyYgJ89zls

Adakah anda berjaya membacanya dengan lancar? Adakah anda faham apa yang dibaca sebentar tadi?

Menarik keupayaan membaca kita. Kita boleh membaca dengan laju tetapi ia memerlukan latihan dan membentuk kemahiran ‘speed reading’

Ini 7 tip untuk menambahbaik bacaan pantas anda berdasarkan pengalaman pengamal ‘speed reading’, Scott Young:

1. Guna penunjuk atau pointer

Mata tidak sentiasa tetap ke arah satu tempat sahaja. Mata akan selalu lari dari fokus untuk kumpul lebih banyak maklumat. Itu adalah satu reaksi normal. Penyelesaiannya ialah menggunakan penunjuk seperti jari, gerakkan ia di bawah ayat semasa anda membaca. Apabila anda sudah biasa sebegitu, anda akan dapat membaca lebih efektif aka pantas.

2. Baca pantas berkait dengan kawalan, bukan kepantasan

Bacaan pantas adalah tentang mengawal kadar pembacaan, ia bukan semata-mata tentang kepantasan. Itu bermakna kemahiran ini tidak menjejaskan kefahaman isi bacaan. Analoginya seperti pemandu kereta lumba, kelajuan itu penting tetapi yang lebih penting adalah menyesuaikan kelajuan mengikut keadaan jalan. Kemahiran mengawal kelajuan bacaan akan buat anda menjadi lebih efektif membaca berbanding hanya membaca sepintas lalu ayat-ayat. Kelajuan ini boleh dikawal dengan gerakan penunjuk jari, jika jari makin laju, makin lajulah anda membacanya.

3. Membaca tanpa bunyi

Apabila orang mula belajar membaca, dia akan sebut setiap perkataan dengan kuat. Jadi sudah terbiasa dengan cara tersebut. Apabila makin pandai membaca, kita akan mula menyebut perkataan-perkataan yang di baca dalam pemikiran kita. Bacaan seperti itu baik untuk membantu kita memahami dan mengikuti naratif cerita tetapi ia akan melambatkan kita membaca. Jadi, cara atasinya ialah cuba melatih diri dengan menggerakan penunjuk dengan lebih pantas berbanding anda menyebut perkataan di dalam kepala anda. Lambat-laun ia akan mengurangkan habit membaca dalam kepala.

4. Pembacaan aktif, bukan pasif

Bacaan pasif ialah membaca sahaja dengan meletakkan harapan buku itu mengajar kita. Berbeza dengan bacaan aktif, pembaca perlu rasa lebih ingin tahu. Sebelum mula membaca, soal apa yang anda harapkan dari buku tersebut. Ini akan membantu otak anda untuk mengenalpasti maklumat yang relevan dengan lebih cepat. Bacaan aktif juga bermaksud berhenti sejenak untuk fikir apa yang anda baca. Ia berlaku apabila anda menemui sesuatu yang menarik, luang masa untuk refleksi atau mengambil nota dari informasi tersebut. Ini akan buat anda menjadi lebih ingat dan bermakna apa yang anda baca itu.

5. Tahu bila perlu perlahankan kelajuaan bacaan

Anda boleh baca laju di kawasan ayat-ayat yang tidak memiliki kepadatan informasi. Anda perlu perlahankan kelajuan bacaan apabila berada di kawasan yang banyak informasi penting. Teknik ini akan buat pembaca laju tidak muda lupa dengan apa yang dibacanya. Analoginya seperti ini: ketika memandu di jalan lurus, anda boleh guna kelajuan yang sama tetapi apabila sampai di jalan berliku, anda perlu mengurangkan kelajuan demi keselamatan. Ini menunjukkan bacaan pantas bukan sekadar skimming dan baca. Ia melibatkan skimming, baca tanpa bunyi, selalu membaca, baca, baca perlahan dan laju apabila perlu.

6. Jadikan bahan lebih menarik

Bahan bacaan perlu dijadikan menarik agar kita kekal fokus dan rasa membacanya hingga habis. Ia bermula saat kita memilih buku terutama buku-buku akademik yang mungkin kurang digemari sesetengah orang. Tukar perspektif ini” “Alamak! Benda yang tak best ini perlu dibaca,” kepada ini: “Apakah yang akan saya dapat dari buku ini, jika saya positif dengannya.” Ini penting kerana fokus akan mempengaruhi kelancaran bacaan anda. Jika buku itu tidak menarik, anda perlu lakukan letak sedikit usaha untuk jadikannya lebih menarik di minda anda.

7. Kadar pembacaan terhasil dari latihan, bukan kelahiran

Teknik terbaik untuk ‘speed reading’ ialah baca lebih banyak untuk baca lebih pantas. Apabila anda mengamalkan satu buku satu minggu, ia akan menambahbaik kadar bacaan anda. Sekiranya anda membaca buku bukan bahasa ibunda anda, sediakan kamus atau Google maksudnya jika kerap menjumpai perkataan yang sama. Cari makna dan fahaminya. Kekerapan membaca juga akan membentuk satu rasa intuisi dalam diri anda. Ia akan memudahkan anda untuk mengenalpasti dan mengatur kelajuan sama ada ia novel atau buku akademik. Bagi anda yang baru mula untuk ‘speed reading’ disarankan amalkan latihan membaca yang melibatkan teknik-teknik yang telah diterangkan tadi. Ia boleh membantu meningkatkan kadar kepantasan bacaan anda/

Tip ke-8 BONUS: Uji kadar ‘speed reading’ anda

1. Tetapkan masa 1 minit
2. Tanda baris permulaan bacaan
3. Mula membaca dan berhenti apabila masa tamat
4. Tanda baris penamat bacaan
5. Kira bilangan baris yang telah dibaca (A)
6. Kira bilangan perkataan setiap baris (B)
7. Formula: A x B = perkataan per minit

Dan tip ke-9 ini sangat penting: Baca The Vocket sebagai medium sumber bacaan harian anda! :)

Ini kerana bahan bacaan di The Vocket sarat dengan informasi berguna dan positif. Malah, walaupun penggunaan ayat panjang tetapi ia mudah difahami. Maka, jangan berhenti membaca. Kuasai ‘speed reading’ dan anda akan ada lebih masa untuk perkara lain. Bersama The Vocket!

Kongsikan dengan kami di ruangan komen atau media sosial jika anda pengamal ‘speed reading’ atau mahu amalkan bacaan pantas ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group