Sudah menjadi adat, bila tiba sahaja Hari Raya syarikat Petronas pastinya bakal mengeluarkan sebuah iklan berdurasi panjang yang sangat menghiburkan. Jika dulunya iklan daripada Petronas lebih bermain dengan emosi, kali ini Petronas menggunakan konsep yang berbeza dimana ianya kelihatan lebih fun. Menonton kisah Hakim ini mengingatkan kami kepada filem keluaran Pixar. Kreatif betul.