Setiap tahun kita dapat lihat syarikat korporat hadir dengan iklan raya masing masing. Kali ini giliran TNB pula dengan video bertajuk Dugaan Raya Aida. Menariknya dalam video TNB ini kita dapat lihat perkara perkara trending/meme di kalangan milenial seperti salt bae, stereotaip berniaga menggunakan whatsapp, swafoto dan kebiasaan pulang raya menaiki bas dan tiket habis. Boleh kami katakan video ini cukup rasa, ada sedih, gembira dan overdose kelakar. Scene paling kami suka ialah scene sudah siapkan kerja yang bos bagi.