Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ditambah pula dengan ketibaan Ramadan kali ini memang boleh menjadi sedikit mencabar buat mereka yang tidak lagi mampu untuk melakukan kerja hakiki seperti yang dilakukan seperti sebelum- sebelum ini.

Namun itu bukanlah alasan buat pekerja pendawaian elektrik Hisyam Mohd Jusoh dan rakannya, Noor Azman Wan dari Pulau Pinang yang mengambil inisiatif untuk berniaga dan pada masa sama mempraktikkan ‘cara unik’ dan tersendiri dalam memasarkan perniagaan ikan siakap bakar mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berbeza dengan peniaga-peniaga lain yang menggunakan platform media sosial untuk menjual ketika musim PKP ini, Hisyam dan Noor pula memasarkan ikan bakar mereka dengan meletakkan iklan di belakang motosikal seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Iklan di belakang kotak penghantaran itu tertulis “Siakap bakar! Nak? Hon ja, kita berhenti tepi” .

Bercerita kepada Harian Metro, Hisyam memberitahu idea itu tercetus selepas berbincang dengan rakan kongsi serta isterinya bagi mencari pendapatan ketika musim PKP ini.

“Kebetulan tiada yang menjalankan perniagaan sama sekitar Tasek Gelugor, jadi kami tawakal mencuba dan niat sebenar adalah menjualnya dengan harga murah kepada penduduk setempat.

“Mulanya, kami cuba iklankan perniagaan di Facebook (FB) tetapi memikirkan faktor masa dan jarak jauh untuk membuat penghantaran, tercetuslah idea meletak nombor telefon pada kotak di belakang motosikal,” katanya.

Tambah beliau, idea untuk ‘memancing’ pelanggannya itu ditambah dengan gambar mereka yang tular sejak beberapa hari ini di media sosial bukan saja memudahkan urusan jual beli namun pada masa turut melariskan jualan mereka ketika ini.

“Alhamdulillah, dalam sehari antara 20 hingga 50 ekor ikan terjual dan permintaan bertambah selepas tularnya gambar penghantar makanan itu di laman sosial.

“Terima kasih kepada warganet yang memberi sokongan dan saya bersama rakan kongsi kini merancang membuka kedai seandainya perniagaan kami usahakan terus mendapat sambutan,” katanya.

Teringin untuk menikmati juadah-juadah yang sinonim dengan bulan puasa? Apa kata anda baca resipi-resipi popular yang pernah kami kongsikan sebelum ini untuk dicuba bersama keluarga di rumah.

Lebih 3.4K ‘Shares’, Ini Resipi Bubur Lambuk Yang Senang Guna Periuk Nasi Dijamin Sedap

Persis Beli Di Bazar Ramadan, Ini Resipi Murtabak Daging Yang Padat, Sedap Dan Ringkas

Lebih 1.6K ‘Shares’, Ini Resipi Mudah Lemang Guna Air Fryer Dijamin Sedap Seperti Dibakar

Sumber