Google Malaysia pada hari ini menyiarkan senarai Iklan YouTube paling popular di Malaysia dari Januari – Julai 2016. Senarai ini mewakili beberapa iklan popular yang menarik minat penonton di seluruh negara sepanjang enam bulan yang lalu tahun ini. Senarai ini juga meraikan jenama terbaik dalam kalangan penonton melalui populariti serta promosi.

Berikut adalah senarai 9 iklan YouTube Malaysia untuk 2016:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Petronas Chinese New Year 2016: Rubber Boy

2. #HappyBeautifulYear Daripada Watsons Malaysia

3. McDonald’s Angry Birds Daripada Mcdonals Malaysia

4. Promosi OLDTOWN White Coffee Junior Meal Series dan Boboiboy

5. Pengacau Raya Cina Daripada BSN

6. LEGO CITY – Fire series

https://www.youtube.com/watch?v=HAzAw899DNQ

7. Promo Samsung Galaxy S7 edge

https://www.youtube.com/watch?v=gJjBQrT8-K0

8. Romance Of Heroes Daripada Gameview International

9. KFC Bucket Sensasi with Crispy Tenders

Trend paling menyerlah dari senarai tersebut:

  • Menangkap detik-detik perayaan. Iklan-iklan Tahun Baru Cina merangkumi separuh dari senarai tersebut, menunjukkan betapa pentingnya sambutan perayaan tahunan buat jenama-jenama. Dengan pendekatan yang berinspirasi, kelakar atau menyayat hati, iklan-iklan panjang ini telah berjaya menaikkan semangat perayaan dalam kalangan penonton.

  • Barangan koleksi dan produk promosi filem. Peminat-peminat Angry Birds dan Boboiboy  tidak kisah menjamu selera di restoran-restoran tertentu, lebih-lebih lagi bila hidangan tersebut disertakan dengan barangan koleksi terhad yang mempromosikan filem-filem blockbuster tersebut.

  • Cahaya, kamera, serta cinematik yang awesome! Antara yang menarik daripada iklan-iklan yang disenaraikan adalah kualiti cinematik serta hasil penggambaran yang teliti dan suara latar yang bernas.

Kami tidak sabar menantikan senarai video Youtube paling popular sepanjang tahun ini. Pastinya senarai iklan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali pula akan tersenarai. Kongsikan dengan kami iklan yang manakah di dalam senarai ini yang paling anda suka.