Jika anda masih belum mempunyai calon isteri ataupun suami dan keluarga sudah kerap kali bertanyakan tentang perkahwinan, apa kata anda mencuba cara yang dilakukan lelaki dari Terengganu ini.

Awal tahun ini, tular di media sosial gambar bunting yang memaparkan seorang lelaki bernama Aziro mencari pasangan hidupnya dengan mengiklankan dirinya sendiri.

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →

Iklan tersebut yang digantung di tepi jalan kemudiannya mendapat perhatian ramai dan tindakannya itu turut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan tidak kurang juga daripada gadis dan wanita bujang di luar sana.

aziro

Walaupun iklan tersebut diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun selepas itu, dia bagaimanapun memaklumkan masih menerima panggilan daripada orang ramai tentang perkara itu.

Kata Aziro dia bukan saja menerima panggilan dari Terengganu tetapi ada yang menghubunginya datang dari Johor, Klang, Sarawak dan paling mengejutkannya ada yang berasal dari Indonesia cuba menghubunginya.

Kini, selepas hampir sebulan, Nooraziro Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aziro memaklumkan dia sudahpun menjumpai calon isteri yang dimahukannya seperti dilaporkan MalayMail semalam.

Menurut Aziro, wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya selepas melihat iklan mencari jodoh olehnya yang tular sebelum ini.

Bukan saja bertukar-tukar pesanan melalui telefon, Aziro juga memberitahu dia sudahpun berjumpa dengan calon isterinya itu pada minggu lepas sambil ditemani adik perempuannya.

“Walaupun dia bersetuju untuk saya menjadi suaminya, namun kami masih mahu berkenalan antara satu sama lain terlebih dahulu,” kata Aziro kepada MalayMail.

Aziro juga memaklumkan calon isterinya itu juga berasal dari Kuala Terengganu dan kini sedang bekerja sebagai seorang kerani di sana.

Walaupun cara yang digunakan oleh Aziro ini pada awalnya kelihatan sedikit traditional berbanding kebanyakan golongan muda yang lebih gemar menggunakan aplikasi mencari jodoh dalam talian, namun ianya terbukti berhasil dan efektif.

Dalam tempoh masa lebih kurang sebulan, beliau sudahpun menjumpai calon isterinya walaupun caranya mengiklankan diri sendiri pada awalnya kelihatan sedikit janggal.

Jadi kepada anda di luar sana yang masih tercari-cari calon suami ataupun isteri apa kata anda mencuba cara yang dilakukan oleh Aziro ini.

Tetapi pastikan anda mendapatkan kebenaran daripada majlis perbandaran terlebih dahulu bagi mengelakkan iklan anda diturunkan seperti yang berlaku kepada Aziro.

Jika anda bakal mengadakan majlis perkahwinan tidak lama lagi, apa kata anda melihat tips untuk memilih lokasi outdoor shoot bagi majlis perkahwinan anda. Klik pautan di bawah untuk membaca.

5 Faktor Penting Pilih Lokasi ‘Outdoor Shoot’ Majlis Perkahwinan Anda

4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda

Ini Idea Hadiah Perkahwinan Yang Berguna Untuk Pengantin

Anda Mungkin Suka