Paul Van Doren, dianggap sebagai ikon kepada industri kasut untuk sukan papan luncur, dilaporkan meninggal dunia di usia 90 tahun, lapor kenyataan daripada jenama terbabit.

Beliau yang mula mengasaskan kasut Vans di sebuah kedai di Anaheim, California pada tahun 1996 telah berjaya mencipta satu fenomena kepada anak muda yang meminati sukan lasak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kata jenama terbabit, Paul bukan seorang usahawan, tetapi dia adalah seorang inovator dan syarikat yang dibina oleh Paul adalah eksperimen seumur hidup. Paul berani dalam mengambil langkah yang betul sehingga dia berjaya membawa syarikat terbabit dekat di hati orang muda seluruh dunia.

“Kami kirimkan cinta dan kekuatan kami kepada keluarga Van Doren dan ahli Keluarga Vans yang tidak terkira ramainya, yang telah menghidupkan warisan Paul. Terima kasih atas segalanya, Paul. Anda akan sangat dirindui,” kata catatan itu.

Paul mula menceburi bidang ini bersama dengan saudaranya James dan rakannya, Gordon C.Lee. Perniagaan ini telah mencipta pelbagai kejutan namun jatuh muflis pada tahun 1984 sebelum dibeli oleh VF Corporation pada tahun 2004 dalam perjanjian yang bernilai USD$ 396 juta. Walaupun bertukar tangan, jenama ini selalu menjadi sebahagian daripada perniagaan keluarga.

Untuk rekod, bulan lalu, Van Doren melancarkan memoir bertajuk “Authentic.” Buku ini mengabadikan pengalaman panjang Paul dalam bidang industri kasut sebagai service boy pada tahun 1940-an di Randolph Manufacturing Co. kepada pengasas jenama besar Vans hari ini.

Vans umum koleksi global khas bersama artis dari Kuala Pilah, Kide Baharudin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Koleksi Edisi Khas Vans x The Simpsons Akan Berada Di Pasaran 7 Ogos Ini

Vans Hasilkan Model Trek Slip-On Yang Sesuai Disarung Ketika Hari Hujan