Nota Editor: Perkongsian menarik ini adalah daripada Ikram Al-Banjari , pemilik Tudia Char Koey Teow, seorang yang berpengalaman berniaga di jalanan.

Bagi saya perkongsian ini agak unik kerana ia lari daripada norma dan kebiasaan. Orang lain tak nak kena saman, tapi sebaliknya pula bagi beliau. Ikuti 9 sebab  berikut kenapa beliau mahu disaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ikram-al-banjari-1

Sila saman saya Tuan, saya bersalah!

Tekanan kehidupan ada setiap hari, ia tidak perlu dicari-cari. Hidup ini memang padang ujian buat kita semua. Tetapi hanya insan yang berfikir dan bertindak akan menemui solusi.

Bercerita tentang kisah peniaga jalanan disaman Pihak Berkuasa Tempatan bukanlah perkara baru. Sebagai seorang usahawan yang memang ‘lahir dan belajar’ di jalanan, perkara begini kita sudah lali.

Hakikatnya semua orang mempunyai alasan dan pilihan tersendiri untuk memilih lokasi menjual. Di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, ‘street staller’ menjadi tarikan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa biasa ke sana, pasti tahu keadaanya.

Di Malaysia tercinta, peraturannya berbeza mengikut lokasi. Berikut ialah nasihat saya kepada peniaga jalanan seperti saya.

1. Pilih lokasi yang menjadi tumpuan orang lalu lalang untuk berniaga. Di mana ada orang, di situ ada wang!

2. Jual benda mudah dibawa dan mudah disediakan. Contohnya air soya dalam botol, jus delima perah dalam botol, kuih muih, nasi lemak, keychain dan sebagainya.

3. Sekiranya meja jualan perlu dibuka dan ditutup selalu, pastikan meja ada roda dan mudah disimpan.

4. Sebelum mula menjual, tengok kiri dan kanan, atas dan bawah. Jangan lupa baca bismillah dan jual sajalah.

5. Sekiranya ada penguatkuasa datang kepada kita, mohon senyum dan jangan melawan. Sebaliknya berkata begini, ” Assalamualaikum Tuan, dah makan ? Saya ada buat salah ke Tuan ?”.

6. Ego manusia yang berunifom ni memang tinggi sikit sebab dia sedang bertugas. Tapi kalau pandai ambil hati, dia senyum juga. Paling tidak, dia beli juga air soya kita sebab haus!

7. Sekiranya diberikan saman, ambil sajalah! Jangan pula kita berteriak mahu melawan. Jangan maki hamun dan keluarkan kata kesat. Dia buat kerja dia.

8. Psssttt! Saman baru berapa ringgit bagi kesalahan menjaja di jalanan. Untung berniaga sehari pun boleh cover lah kalau pandai merayu!

9. Tanya penguatkuasa tadi dengan baik, ” Tuan, maaf saya mohon bertanya. Kalau berniaga di sini tak boleh, boleh tunjukkan saya di mana lagi saya boleh ?”.

Baca: 4 Nasihat Bisnes Berharga Daripada Pemilik 4 Buah Kilang

ikram-al-banjari-3

Pengalaman sendiri

Teringat kisah saya berniaga di tepi jalan berhadapan 7 Eleven Bandar Pusat Jengka. Saya buka dua kanopi warna merah menjual kain dan baju kurung di bulan Ramadhan.

Bila ada lori Majlis Perbandaran Maran lalu di depan kami, saya tidak menyorok! Sebaliknya keluar ke depan, lambaikan tangan dan senyum lebar.

Setiap hari kami diberikan saman kerana salah menjaja di tepi jalan. Satu saman RM50 sahaja. Saya anggap itu sewa tapak. Peduli apa saya, asalkan hubungan saya dengan penguatkuasa tidak terjejas dan kami boleh buat untung.

Saya masih ingat pada malam akhir berniaga di sana, penguatkuasa itu datang membawa anak dan isteri. Disuruhnya isteri membeli di kedai kami. Saya berikan dia kerusi untuk duduk.

Penguatkuasa itu berkata pada saya,

Dalam ramai-ramai orang berniaga di tepi jalan. Kau sorang je yang tak marah dan maki kami. Kau sorang je terima saman dengan tenang. Abang memang respek kau bro.

Saya jawab,

Kecik punya hal lah Tuan, samanlah saya sebab saya memang salah. Terima kasih juga sebab tak angkut barang saya.

Malam ini mereka sekeluarga sangat seronok membeli. Mau tidaknya, dapat diskaun hebat daripada tokey!

Orang berbudi kita berbahasa.

Salam Perpaduan.

Ikram Al-Banjari
Seorang Saudagar Jalanan.

Baca lagi: 6 Tip Cara Atasi Poket Kering Setiap Bulan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram