Kes ragut bukanlah jenayah yang asing dalam negara kita. Malah boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kejadian ini dilaporkan di portal-portal berita dan media sosial.

Tetapi berbeza dengan kes ragut yang melibatkan pejalan kaki sebelum ini, wanita ini berkongsi bagaimana dirinya hampir menjadi mangsa ragut dan samun ketika dia sedang memandu kereta.

Kejadian tersebut sebelum ini dikongsikan Atikah Zaini di akaun Twitternya menceritakan dengan lanjut bagaimana dirinya hampir menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di sekitar kawasan Ampang Point sekitar ibu negara hari ini.

atikah
Gambar cermin kereta yang dipecahkan. Foto: Twitter Atikah Zaini

“Hari ini dalam sejarah bergelut dengan dua peragut.

“Alhamdulillah saya dapat tarik bag daripada peragut tu,” kongsinya.

‘Usha dari traffic light lagi’

Menceritakan kembali mengenai kejadian itu, Atikah menjelaskan peragut tersebut mengekorinya sejak dari lampu isyarat sebelum Ampang Point lagi.

Dia bagaimanapun pada awalnya beranggapan peragut tersebut hanya memerlukan ruang untuk melepasi keretanya sekaligus memberikan laluan kepada motosikal tersebut.

AnyConv.com__EhAU43jVkAAzhAd
Lokasi Kejadian. Foto: Twitter Atikah Zaini

“Kemudian lampu hijau saya terus masuk kanan kemudian kiri sebab hendak singgah di kedai.

“Tiba-tiba dia hentak tingkap kereta saya banyak kali dan saya tarik beg saya sambil menjerit dengan kuat,”jelasnya.

Tindakan pantasnya itu akhirnya berjaya mengagalkan percubaan peragut tersebut untuk mengambil beg tangan miliknya dalam kejadian tersebut.

Selepas membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, Atikah menjelaskan beliau bukanlah mangsa pertama kejadian ragut di kawasan itu dan beliau sebenarnya merupakan mangsa keempat untuk hari tersebut.

“Polis cakap hari ini ada empat kes ragut yang mana saya adalah mangsa keempat.

“Hati-hati la, kepada mangsa 1,2,3 be strong ok!” tulisnya di Twitter.

Perkongsian pengalamannya hampir menjadi mangsa ragut itu mula tular di media sosial sejak semalam dan telah dikongsikan kembali hampir 20,000 kali.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut turut mengingatkan kaum wanita di sana supaya lebih berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang.

Lihat kembali aksi berani pegawai penguat kuasa yang menghentikan peragut yang tular sebelum ini di pautan di bawah.

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Wan Maimunah Cari Kembali Lelaki Yang Pernah ‘Meragutnya’ 20 Tahun Lalu

Gagal Cubaan Ragut, Netizen Kecam ‘Rider’ Foodpanda Palsu Ini