Acara Good Vibes yang berlangsung pada 23 September dan 24 September lalu telah mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia. Para pengunjung mula beratur sejak tengahari lagi walaupun acara itu bermula jam 4 petang.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan sepanjang dua hari acara ini berlangsung adalah penampilan bersahaja Jackson Wang, seorang artis K-pop dan ahli kumpulan GOT7. Di dalam salah satu klip berdurasi pendek yang dimuat naik di TikTok, Jackson sempat bertanya kepada penonton di mana mahu mendapatkan makanan yang enak selepas konsert.

Baca Juga:

“Mamak!,” kata salah seorang penonton kepada Jackson, penonton tersebut malah sempat mengeja ‘M.A.M.A.K’ kepada Jackson. Tidak cukup dengan itu, salah seorang peminat turut kedengaran menjerit kepada Jackson, “Rumah saya!” dan disambut dengan gelak ketawa oleh artis kelahiran Hong Kong tersebut.

Dalam muat naik terbaharu beliau di laman Instagram, Jackson nampaknya mengikut saranan peminat apabila beliau dilihat berkunjung ke restoran mamak dan menempah minuman milo tabur.

“#Malaysia Terima kasih banyak kerana hadir, saya amat menghargainya.
Masa yang menakjubkan di sana, tempat yang indah, ia akan menjadi sempurna jika anda semua boleh menyertai saya lain kali di Mamak,” katanya pada kapsyen di laman Instagram beliau.

Untuk rekod, Jackson adalah seorang penyanyi kelahiran Hong Kong. Selain menyanyi, beliau juga terlibat dengan bidang penerbitan, pereka dan pengarah. Beliau juga adalah ialah pengasas label rekod Team Wang dan merupakan pengarah kreatif dan pereka utama untuk jenama fesyen Team Wang Design.