Sekiranya terkena virus ini, semua data kita akan encrypt atau ditukar ke format yang tidak boleh dibaca, seterusnya kita akan diminta membayar wang tebusan untuk dapatkan data semula.

Sentiasa berhati-hati sebelum memasuki mana-mana laman web dan memuatturun fail daripada emel. Masalah ini nampaknya menjadi lebih kritikal selepas lebih 99 negara terlibat dalam masalah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk langkah keselamatan, ini apa yang perlu anda lakukan:

1. Untuk pengguna Windows, pastikan anda mengemaskini Windows Update anda. Sekiranya anda menggunakan Windows versi cetak rompak serta gagal untuk mengemaskini, komputer anda mungkin berisiko tinggi untuk terpalit dengan virus ini.

2. Elakkan guna public Wi-Fi buat masa ini sama ada di hotel,hospital, kafe atau di mana-mana lokasi.

3. Lakukan backup sekerap yang mungkin untuk data anda. Boleh gunakan ‘online shared folder’ juga seperti Google Drive & Dropbox.
Dan simpan satu salinan backup dalam harddisk (offline) juga.

4. Pastikan guna antivirus dalam komputer dimana ianya juga pelaburan yang penting dan update antivirus dengan kerap. Antivirus Kaspersky dan Antivirus Eset antara yang boleh dibeli secara atas talian.

5) Elakkan klik link dari emel yang tidak dikenali serta berhati-hati juga apabila membuka ‘attachment’ di emel.

Sekiranya anda ingin membuat aduan, anda boleh terus ke laman web ini atau hubungi MyCERT pada nombor 1 300 88 2999 dan +019 266 5850. Semoga tips ini dapat membantu anda untuk terlibat dengan serangan ‘Wannacry’. Moga kita terselamat dari serangan ini.

Baca lagi: Virus Ini Akan Memaksa Anda Buat Pembayaran Untuk Akses Ke Dokumen Sendiri