Melahirkan anak adalah salah satu detik yang sangat bahagia buat ibu bapa. Tempat kelahiran di institusi perubatan dimana sekali pun bukanlah persoalan besar, apa yang penting ialah keselamatan ibu dan anak itu sendiri. Terbaharu seorang pengguna di Twitter, Hafizah Khusni atau lebih dikenali sebagai @pja_chan telah berkongsi pengalaman bersalin anak keduanya di Jepun.

Beliau memulakan thread dengan menjelaskan berapa lama ibu dan bayi perlu berada di hospital untuk pengawasan doktor selepas bersalin. Ibu yang menjalani proses kelahiran secara normal perlu berada dibawah pengawasan doktor lebih kurang dalam 4-5 hari manakala buat ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan pula dikehendaki untuk berada di hospital selama 8-10 hari. Harus diingatkan, tempoh ibu dan bayi berada di hospital bergantung kepada kesihatan dan kondisi terkini keduanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengapa perlu berada di hospital untuk tempoh tersebut? Ini kerana doktor atau jururawat akan melakukan pengawasan secara teliti kepada ibu dan bayi seperti memeriksa jahitan beberapa kali dalam sehari, memantau tekanan darah, jadual penyusuan bayi dan juga memberikan pengisian mengenai perancangan keluarga.

Tambah beliau lagi, sepanjang tempoh di hospital bagaikan berada dalam sebuah kem bimbingan untuk ibu. Bidan atau jururawat akan memberi tunjuk ajar lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru menimang anak pertama. Kita sedia maklum dengan budaya kerja warga Jepun yang terkenal dengan cara sistematik dan ketelitian yang tinggi hinggakan setiap langkah penyusuan bayi dan cara menukar lampin bayi turut diberikan kepada ibu.

Menurut beliau juga, rutin yang sama akan dipraktikkan sepanjang tempoh berada di hospital. Harinya akan dimulakan dengan proses pengurusan diri, sarapan pagi, pemeriksaan doktor, kelas penjagaan bayi, minum petang dan makan malam. Jadual penyusuan bayi juga menjadi lebih teratur mengikut keperluan bayi iaitu selang 3 jam sekali.

Sepanjang tempoh berada di hospital juga, ibu akan disajikan dengan diet seimbang bagi menjamin ibu mendapat nutrisi secukupnya. Berikut antara menu yang dihidangkan oleh pihak hospital.

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Bagi yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan bayaran untuk bukan warganegara jepun ketika proses kelahiran bayi? Menurut beliau setiap penduduk di Jepun diwajibkan untuk mendapatkan insurans, termasuklah warganegara asing yang bekerja atau menetap disana.

Selain itu, ibu juga haruslah mempunyai visa atau mempunyai status penduduk tetap (permanent resident). Hafizah yang sudah dua kali menerima faedah ini memandangkan anak pertamanya juga di lahirkan di Jepun. Difahamkan, beliau dan suami mula datang ke Jepun pada tahun 2010 untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Rezeki pasangan ini dipermudahkan apabila diterima bekerja di syarikat tempatan selepas bergelar graduan dan akhirnya menetap di sana sehingga kini.

Dengan adanya kelayakan ini, kerajaan Jepun secara automatiknya akan memberikan peruntukan sebanyak RM15 ribu untuk membiayai kos perubatan dari mula pemeriksaan bulan hinggalah bersalin. Malah kos perbelanjaan di hospital kerajaan atau swasta di sana juga tiada bezanya.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat pasangan yang bakal menetap atas urusan kerja atau belajar di sana. Tahniah buat pasangan ini atas kelahiran bayi kedua.

Sumber