Pandemik COVID-19 telah yang disahkan merebak di negara kita pada 25 Januari 2020 membuatkan kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Tapi, sayangnya masih ada yang berdegil dan gagal mematuhi arahan ni.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai untuk patuhi arahan dan berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaanya dengan mengamalkan langkah-langkah mudah untuk melindungi diri dari virus COVID-19. Ayuh sama-sama praktikkan!

Pastikan jarak yang selamat!

Tak kiralah di rumah, tempat kerja ataupun di mana saja korang berada, pastikan korang menjaga jarak sosial 1 meter antara satu sama lain kerana jarak mampu mengelakkan penyebaran COVID-19.

Lakukan pembayaran secara payWave!

Bila nak buat pembayaran, seelokya korang gunakan payWave di semua kedai. Bukan apa, kaedah ini lebih pantas dan selamat. Ia tak mengambil masa yang lama untuk korang berada di kaunter bayaran serta tiada sebarang sentuhan berlaku dengan juruwang.

Nak berinteraksi? Media sosial kan ada!

Admin tahu, sukar rasanya bila tak dapat keluar rumah selama dua minggu dan tak dapat berjumpa dengan yang tersayang. Namun, itulah yang sebaiknya.

Manfaatkanlah segala platform media yang ada seperti media sosial dan aplikasi video untuk kekal berhubung dengan yang tersayang, okay?

Tak perlu bersalaman!

Dalam keadaan sekarang, jika berjumpa keluarga atau orang yang korang kenal, jangan sekali-kali bersalaman atau membuat sebarang sentuhan. Cukup dengan letakkan tangan di dada dan ucapkan salam!

Jom kita putuskan rantaian COVID-19!

Ayuh sama-sama patuhi arahan kerajaan dan jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam memerangi wabak COVID-19! Walaupun berjauhan, namun kita semua tetap di hati.

Malaysia, kita boleh lakukan bersama-sama. #dudukrumah #jaraksosial

Untuk sebarang info lanjut, layari www.infosihat.gov.my

Netizen ternyata terharu dengan sumbangan RM20 juta untuk hadapi COVID-19 daripada Petronas. Turut dikongsikan, cadangan penganjur di Johor yang mahu bazar Ramadan dibatalkan pada tahun ini.

Netizen Terharu Petronas Sumbang RM20 Juta Untuk Hadapi COVID-19

Penganjur Di Johor Cadang Batalkan Bazar Ramadan Berikutan Wabak COVID-19