Sebut mengenai jodoh, pastinya orang ramai cukup faham di mana jodoh di tangan Tuhan. Dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang mengetahui siapakah jodoh mereka baik dari segi tempat tinggal, jurang umu dan sebagainya sehinggalah apabila tiba masanya.
Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang wanita selaku pengantin baru berkongsi kisah perkahwinannya bersama guru beliau menerusi TikTok @asniza02 dalam mengikuti trend semasa platform tersebut.

Apa yang membuatkan video ini mendapat perhatian netizen bukan sahaja disebabkan kisah cinta guru bersama anak murid namun jurang umur kedua pasangan ini yang mencecah 33 tahun.
@nasniza02
Meskipun sekadar mengikuti trend semasa dalam membuat perbandingan umur bersama pasangan, perbezaan umur yang besar telah membuatkan para netizen membincangkan berbeza pendapat. Malah, terdapat netizen yang kurang selesa dengan kisah percintaan guru bersama pelajar yang berlaku sejak di sekolah.
Toxicnya yg comment hm. Why not we're just be happy to others. Jodoh rahsia Tuhan..lagipun dorg dah ada anak.. Why do people like to spread something just to criticize and hate https://t.co/mNRKKSBZJR
— 𝓢𝓲 𝓖𝓪𝓭𝓲𝓼🕊️ (@ainr_dyla) July 13, 2022
So????? Mmg legal age https://t.co/MzgAyWDuDS
— David gilmour (@MSallehuddin05) July 13, 2022
She's younger than me and he's older than my dad???? https://t.co/XhWLuonH0A
— ✨ (@SunsetRose24) July 14, 2022
Walau bagaimanapun, pasangan ini menerusi perkongsian video terbaru turut memaklumkan perkahwinan mereka pada tahun 2020 telah dikorniakan seorang cahaya mata pada April 2021.
Tular pada minggu lalu apabila Ikon Permotoran Anak Muda membalas respon netizen dilabel sebagai rempit TikTok.
‘Jumpa Di Highway’ – Ikon Permotoran Anak Muda Balas Respon Netizen Selepas Dilabel Rempit TikTok
Cemas Dan Merisaukan, Netizen Kongsi Pengalaman Gajah Buat ‘Spotcheck’ Semasa Pulang Ke Kampung